Tuesday, August 28, 2012
Takrifan Senjata Berbahaya
Salam persilatan. Sekadar perkongsian maklumat (terjemahan sendiri dari Bahasa Inggeris, maafkan jika tak berapa tepat). Saya petik mana yang penting sahaja:
AKTA 357: AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958.
“Senjata berbahaya” termasuk sebarang peralatan yang sekiranya digunakan sebagai senjata menyerang boleh mendatangkan kecederaan;
“Senjata berjadual” bermaksud sebarang senjata berbahaya yang disenaraikan di dalam ‘Second Schedule’ (sila rujuk di bawah).
Senarai “senjata berjadual” (scheduled weapon – Second schedule):
1. Flick knife (pisau berspring).
2. Gravity knife (pisau yang keluar secara graviti).
3. Alat sebatan (whip) yang dibuat daripada rantai basikal atau motosikal, atau seumpamanya.
4. Semua jenis buku lima (knuckleduster).
5. Semua jenis bilah atau alatan lain yang dilekatkan ke atas pam basikal, paip besi, yang berupaya digunakan untuk memotong atau menikam.
6. Sebarang peralatan seperti pisau dengan tiga tepian yang tajam dan hujung yang tajam, kadang2 dipanggil ‘bearing-scrapper’.
7. Kapak kecil.
8. Sebarang keris, parang atau pisau yang padanya tertulis atau terukir sebarang perkataan, ayat atau imej yang berkaitan dengan sesuatu agama atau kepercayaan.
9. Sebarang jenis pedang atau parang yang kebiasaannya digunakan sebagai senjata dan bukan untuk tujuan pertanian, kegunaan rumah atau taman.
10. Lembing dan mata lembing.
11. Cross-bow.
12. Patrolite, stun gun, taser, control club atau seumpamanya, berkuasa bateri atau apa2 juga sumber tenaga.
-- Membawa senjata berbahaya di tempat awam
6.(1) Sesiapa yang di dalam jalan atau tempat awam membawa atau memiliki di dalam kawalannya sebarang senjata berbahaya; melainkan dengan kebenaran atau untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang; adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun dan dua sebatan.
(3) Sesebuah senjata akan dianggap dibawa untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang sekiranya ianya dibawa –
(a) oleh ahli Tentera Malaysia atau pasukan tempatan atau polis atau mana-mana pasukan pelawat yang melawat Malaysia dengan kebenaran mengikut undang-undang, atau seseorang yang berkhidmat dengan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di Malaysia, dan pada setiap kes ianya dibawa di dalam atau berkaitan dengan tugasan beliau; atau
(b) oleh seseorang sebagai sebahagian daripada pemakaian rasmi atau perayaan semasa acara rasmi atau perayaan.
(4) Kesalahan di bawah seksyen (1) di atas adalah boleh ditangkap tanpa waran dan tidak boleh diikat jamin.
-- Kesalahan berkaitan senjata berjadual
7.(1) Sesiapa yang, melainkan bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang –
(a) membawa atau memiliki di bawah kawalannya;
(b) membuat, menjual atau menyewakan atau menawarkan untuk menjual atau menyewakan; atau
(c) meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana individu,
sebarang senjata berjadual adalah menjadi kesalahan dan jika disabit kesalahannya boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kedua boleh dijauhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun.
--> Harap dapat dimanfaatkan agar kita tidak 'terperangkap' dengan undang-undang yang tidak diketahui.
Oleh - Sdr Mazhar
Majlis Perjumpaan dan Suaikenal Ke-4 : 5 Ogos 2012
Kali ini dapatlah mengumpulkan lagi ahli-ahli DSSM, walaupun tidaklah seramai majlis sebelum ini. Mungkin ramai antara rakan-rakan yang berbuka puasa dengan keluarga atau lain-lain hal yang tidak dapat dielakan. Syukur alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan seawalnya dibuka dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi DSSM, Tuan Sahrudin dan kemudian diikuti dengan majlis takruf sesama ahli.
Acara kemudiannya diteruskan oleh Tuan Faris (Grup Busana Tradisi) - sesi tersebut menyaksikan beberapa cara ikatan sampin diajarkan dan kemudiannya dipraktikkan. Syukurlah, masih ada insan yang sudi berkongsi ilmu untuk rakan-rakan yang hadir. Kemudiannya sesi pembelajaran asas membuat stanjak digerakkan oleh Tuan Shahrul Fadzly. Ikatan tanjak Balong Raja diajarkan terlebih dahulu dengan menggunakan kertas yang dibawa. Masing-masing dengan penuh tekun mempelajari.
Selepas itu, acara pengenalan pada senjata-senjata Melayu dikendalikan oleh Tuan Jasiman. Beberapa senjata Melayu diperkenalkan kepada khalayak. Jadi dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan tentang senjata Melayu disampai dan diperkenalkan.
Hinggalah acara solat, kemudian majlis berbuka puasa beramai-ramai berlangsung dengan penuh muhibbah. Ketika acara tersebut dapatlah disaksikan kemesraan dan ukhuwah terjalin antara ahli-ahli DSSM, tidak kira sama ada dewasa, muda dan sebagainya. Semuanya sama rata dan itulah antara motif sebenar majlis ini diadakan.
Kemesraan yang terjalin hendaklah dapatlah diteruskan sampai bila-bila, amin.
Majlis Perjumpaan dan Suaikenal Ke-5 : 2 September 2012
Tajuk Perjumpaan kali ini:
"Syawal pengerat ikatan silaturahim..."
Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...
Siapa yang perlu hadir :
TERBUKA KEPADA SEMUA dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.
TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI terutama orang Melayu yang mencintai dan ingin bersama2 mendokong serta memartabatkan seni budaya dan tamadun Melayu...
Pakaian : Bebas
*digalakkan bersongkok dan bercapal atau berpakaian silat mahupun pendekar Melayu atau berbusana Melayu demi mengangkat martabat seni budaya tamadun Melayu...
ATURCARA MAJLIS :
09.30 pagi : Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM)
10.00 pagi : Bacaan Tahlil ringkas dan Doa
10.00 pagi : Sessi Suaikenal dan Sessi Sembang Santai
10.30 pagi : Lanjutan BENGKEL MINI IKATAN KAIN SAMPING dan TENGKOLOK ...
11.30 pagi : Jamuan Hari Raya dan Demontrasi Silat
01.30 petang : Majlis Bersurai
SEMUA DIJEMPUT HADIR
*Tuan / Puan digalakkan menbawa kuih muih sebagai juadah potluck Hari Raya.
Read more...
Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...
Siapa yang perlu hadir :
TERBUKA KEPADA SEMUA dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.
TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI terutama orang Melayu yang mencintai dan ingin bersama2 mendokong serta memartabatkan seni budaya dan tamadun Melayu...
Pakaian : Bebas
*digalakkan bersongkok dan bercapal atau berpakaian silat mahupun pendekar Melayu atau berbusana Melayu demi mengangkat martabat seni budaya tamadun Melayu...
ATURCARA MAJLIS :
09.30 pagi : Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM)
10.00 pagi : Bacaan Tahlil ringkas dan Doa
10.00 pagi : Sessi Suaikenal dan Sessi Sembang Santai
10.30 pagi : Lanjutan BENGKEL MINI IKATAN KAIN SAMPING dan TENGKOLOK ...
11.30 pagi : Jamuan Hari Raya dan Demontrasi Silat
01.30 petang : Majlis Bersurai
SEMUA DIJEMPUT HADIR
*Tuan / Puan digalakkan menbawa kuih muih sebagai juadah potluck Hari Raya.
Friday, July 20, 2012
Program Ziarah 1 : 16 Julai 2012
Ketika menziarahi beliau, kami diselubungi perasaan haru dan sedih, namun semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Guru Rahman membuatkan kami bertahan. Sempat juga kami bertanyakan khabar serta berbual mesra dengan beliau. Ketabahan Guru Rahman membuatkan kami kelu dan merasakan bahawa itulah sebenarnya semangat seorang pejuang.
Beliau mengatakan walaupun kedua-dua kakinya sudah tiada, namun matanya masih ada. Beliau tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi dan menganggapnya itu adalah suatu takdir yang wajib dijalani dengan tabah. Disamping itu, Pengerusi DSSM, Tuan Sahrudin menerangkan juga tentang kewujudan DSSM dan tujuannya. Alhamdulillah, Guru Rahman memberi sokongan penuh terhadap DSSM dan tentunya akan turun padang sekiranya kesihatan mengizinkan beliau untuk berbuat demikian, Insya-Allah.
Sesekali hati kami terusik dengan kata-kata semangat beliau. Sempat juga dipesankan tentang pentingnya orang silat untuk bersatu dan berukhuwah. Disamping itu, beliau juga menerangkan serba sedikit tentang sejarah perguruannya. Kami dapat merasakan semangat itu bagaikan mengalir ke dalam kami. Kalaulah setara itu masih lagi bersemangat berkisah tentang peri pentingnya silat, apatah lagi kami yang masih muda dan sihat, Insya-Allah.
Kehadiran kami yang sedikit tergesa itu, tidaklah dapat mengumpulkan apa-apa melainkan menghulurkan sedikit bantuan yang dikumpul sesama sendiri ketika berjumpa sebelum itu. Syukur, alhamdulillah, mereka yang dilorongkan untuk hadir menerima pelajaran masing-masing. Melihat sudah tentu tidak sama dengan yang hadir.
Untuk akan datang, pentadbir DSSM berharap agar dapat ramai lagi ahli DSSM untuk turut serta dan menziarahi guru-guru yang sedang uzur. Hari ini guru orang, esok lusa mungkin guru kita. Wuallahua'lam. Mari sama-sama kita doakan agar Guru Rahman pulih seperti sedia kala, tiada yang mustahil sekiranya Allah mengizinkan, amin, amin, amin.
p/s : Gambar yang diterbitkan untuk entri ini sudah mendapat kebenaran lisan daripada Guru Rahman.
Kepada mana-mana persatuan/perguruan yang mengetahui tentang berita keuzuran, mohon maklumkan kepada pentadbir DSSM melalui emel duniassmelayu@yahoo.com untuk perhatian kami, Insya-Allah. Sama-sama kita bantu meringkan beban guru-guru yang sudah berjasa untuk agama, bangsa dan tanah air. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Majlis Perjumpaan dan Suaikenal Ke-2 : 5 Ogos 2012 (Ahad)
Tajuk Perjumpaan:
"SILAT itu SILATURRAHIM, Walau PAHIT semasa bergelanggang, tetapi MANIS di luar gelanggang...."
Tujuan dan matlamat majlis perjumpaan :
Perjumpaan rakan2 Facebook antara pelbagai aliran silat BERTUJUAN untuk MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM sesama pesilat yang lama dan yang baru dari pelbagai aliran...
Siapa yang perlu hadir :
Terbuka kepada semua ahli pertubuhan silat yang menjadi rakan dalam group 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM) ini dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.
Orang ramai juga dijemput hadir dan amatlah dialu-alukan...
Pakaian : Bebas
*namun digalakkan bersongkok dan bercapal atau berpakaian silat mahupun pendekar Melayu atau berbusana Melayu
ATURCARA :
03.30 petang : Mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat facebook
'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM)
04.00 petang : Bacaan Doa pembuka majlis
04.10 petang : Sessi Suaikenal dan Sessi Sembang Santai
04.45 petang : Solat Zohor
05.00 petang : Bengkel mini ikatan Samping dan tengkolok oleh tuan Shahrul Fadzly dan Cikgu Hazuan
06.45 petang : Bacaan Tahlil dan Doa
07.15 malam : Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
08.30 malam : Solat Isya' dan Solat Teraweh (8 rakaat)
09.00 malam : Sessi bergambar, berselawat, bersalaman dan bersurai
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Semoga perjumpaan kali mendapat rahmat keberkatan dari Allah SWT serta mengeratkan 'Tali Silaturrahim' di kalangan ahli warga Persilatan yang berlainan Perguruan di Malaysia dan juga alam Nusantara...
Nota
*Sahabat2 DSSM yang hadir DIALU-ALUKAN membawa 'POT LUCK' masing2 ke acara perjumpaan kita ini... 'SIKIT SAMA DIKONGSI, SAMA DIRASA'... Muafakat membawa Berkat...
**Segalanya adalah inisiatif kita sebagai pencinta silat yg ingin berjumpa dan bergabung dalam satu perjumpaan silaturrahim persilatan yg berlainan perguruannya.
Tuesday, July 17, 2012
PROGRAM ZIARAH GURU TUA YANG SAKIT DAN UZUR - 01/2012
Kuala Lumpur.