Powered by Blogger.

Sunday, July 8, 2012

Majlis Perjumpaan dan Suaikenal Sahabat Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Ke-3 : 1 Julai 2012

Gambar kenangan-kenangan

Syukur alhamdulillah, itulah perkataan pertama terucap pada semua pihak yang terlibat dengan majlis berkenaan. Sedari awal, persiapan sudah dijalankan. Perjumpaan kecil antara pentadbir DSSM dijalankan bagi memastikan majlis yang dirancang berjalan lancar dan menurut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Tahlil ringkas

Buka gelanggang

Kemas

Main Pulut

Anak muda semangat tinggi

Segala urusan awalan, seperti permit kebenaran dari DBKL, makluman kepada IPD Cawangan Sentol dan berkaitan diuruskan terlebih dahulu. Meskipun banyak halanagan di sepanjang perjalanan, namun ikhtiar usaha serta bantuan dari rakan-rakan DSSM memudahkan kerja sepanjang sebelum dan selepas majlis.

Jejak Kasih

Seawal pagi, warga pentadbir DSSM sudah tiba di perkarangan premis untuk perjumpaan. Segala peralatan dan kelengkapan dibawa dan dipersiapkan demi kelancaran majlis. Setelah agak ramai yang hadir, majlis tahlil ringkas diadakan, memohon doa untuk keselamatan dan kelancaran majlis. Sesi suai kenal juga diadakan, selaras dengan kehendak majlis yang mahukan ahli DSSM yang hadir mengenali sesama sendiri. Maklum sahajalah, dalam grup fb DSSM, ada yang memakai nama pena atau samaran.

Tidak lama kemudian majlis bermula dengan buka gelanggang dan permainan silat pulut. Kemudian diteruskan pula dengan acara silat tempur, tangan kosong. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran kumpulan gendang dari wakil Gemala Kasturi, Silat Tari Harimau dan beberapa rakan yang lain.

Majlis hanya berhenti rehat seketika apabila Zohor menjelma, kemudian diteruskan lagi hinggalah ke penghujung acara. Jam tiga petang, majlis ditutup. Alhamdulillah, misi dan hasrat untuk kali ini tercapai. Walaupun majlis sudah tamat, namun rakan-rakan yang hadir masih lagi bersembang bual antara mereka, hinggalah masing-masing perlahan beransur.

Pasukan gendang yang mengiringi persembahan

p/s : Terima kasih kepada pihak DBKL, IPD Sentol, IPP KL, peserta, persatuan silat, individu yang hadir serta AJK DSSM yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini. Juga kepada kumpulan gendang yang menyerikan majlis. Moga-moga mendapat sokongan dan bertemu pada siri majlis suaikenal DSSM yang akan datang.

Tutup gelanggang

Selawat dan salam tanda persaudaraan terjalin

Acara santai selepas majlis

Antara Wakil Kumpulan Silat Yang Hadir :

1) Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Pahang
2) Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Selangor
3) Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Kedah
4) Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Kuala Lumpur
5) Perguruan Kuntau Tekpi Malaysia, cawangan Negeri Sembilan
6) Perguruan Silat Tari Harimau
7) Perguruan Harimau Minangkabau
8) Perguruan Lintau Asli Malaysia
9) Perguruan Seni Buah Lian
10) Perguruan Lian Yunani
11) Perguruan Lian Padukan
12) Perguruan Pusaka Gayong Malaysia
13) Perguruan Gayong Malaysia
14) Perguruan Gayong Ghaib Harimau Malaysia
15) Perguruan Gayong Maarifat
16) Perguruan Gayong Fatani
17) Perguruan Pendekar Gayong Tujuh Pahang
18) Perguruan Bunga Negeri Kedah
19) Perguruan Cemara Bugis
20) Perguruan Si Guntur Alam
21) Perguruan Cimande Tanah Baru
22) Perguruan Penchak Silek Kampar
23) Perguruan Perguruan Setiabakti
24) Perguruan Silat Melayu Keris Lok 9
25) Perguruan Cekak Malaysia
26) Perguruan Habib Hamid
27) Perguruan Gerak Cepat
28) Perguruan Banteng Betawi

(sekiranya tiada dalam senarai hadir, mohon maklumkan)

Wakil Kumpulan Gendang :

1. Tari Harimau
2. Gemala Kasturi

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP