Powered by Blogger.

Tuesday, August 28, 2012

Majlis Perjumpaan dan Suaikenal Ke-4 : 5 Ogos 2012

Gambar beramai-ramai


Alhamdulillah, majlis perjumpaan ke-3 sudah selesai, kini menjelma pula majlis perjumpaan kali ke-4. Dengan tema ""SILAT itu SILATURRAHIM, Walau PAHIT semasa bergelanggang, tetapi MANIS di luar gelanggang...."



Kali ini dapatlah mengumpulkan lagi ahli-ahli DSSM, walaupun tidaklah seramai majlis sebelum ini. Mungkin ramai antara rakan-rakan yang berbuka puasa dengan keluarga atau lain-lain hal yang tidak dapat dielakan. Syukur alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan seawalnya dibuka dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi DSSM, Tuan Sahrudin dan kemudian diikuti dengan majlis takruf sesama ahli.

Ikat sampin

Acara kemudiannya diteruskan oleh Tuan Faris (Grup Busana Tradisi) - sesi tersebut menyaksikan beberapa cara ikatan sampin diajarkan dan kemudiannya dipraktikkan. Syukurlah, masih ada insan yang sudi berkongsi ilmu untuk rakan-rakan yang hadir. Kemudiannya sesi pembelajaran asas membuat stanjak digerakkan oleh Tuan Shahrul Fadzly. Ikatan tanjak Balong Raja diajarkan terlebih dahulu dengan menggunakan kertas yang dibawa. Masing-masing dengan penuh tekun mempelajari.


Belajar ikat stanjak

Selepas itu, acara pengenalan pada senjata-senjata Melayu dikendalikan oleh Tuan Jasiman. Beberapa senjata Melayu diperkenalkan kepada khalayak. Jadi dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan tentang senjata Melayu disampai dan diperkenalkan.


Hinggalah acara solat, kemudian majlis berbuka puasa beramai-ramai berlangsung dengan penuh muhibbah. Ketika acara tersebut dapatlah disaksikan kemesraan dan ukhuwah terjalin antara ahli-ahli DSSM, tidak kira sama ada dewasa, muda dan sebagainya. Semuanya sama rata dan itulah antara motif sebenar majlis ini diadakan.

Kemesraan yang terjalin hendaklah dapatlah diteruskan sampai bila-bila, amin.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP