Powered by Blogger.
Showing posts with label Guru Tua. Show all posts
Showing posts with label Guru Tua. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Program Ziarah 1 : 16 Julai 2012

Keadaan kaki Guru Rahman yang dipotong

Dua hari sebelum ini, DSSM mendapat berita bahawa seorang guru Seni Silat Ezha/Esha, Guru Rahman telah dipotong kakinya akibat kencing manis. Bergegas pentadbir DSSM menyusun program dan terus ke rumah beliau pada tarikh yang diwar-warkan. Alhamdulillah, beberapa orang ahli hadir dari sekitar Gombak, Shah Alam, Cheras, Melewati untuk tujuan tersebut.

Berkumpul menanti kehadiran rakan-rakan DSSM

Guru Rahman terlantar uzur

Tuan Sahrudin berbicara dengan Guru Rahman

Ketika menziarahi beliau, kami diselubungi perasaan haru dan sedih, namun semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Guru Rahman membuatkan kami bertahan. Sempat juga kami bertanyakan khabar serta berbual mesra dengan beliau. Ketabahan Guru Rahman membuatkan kami kelu dan merasakan bahawa itulah sebenarnya semangat seorang pejuang.

Beliau mengatakan walaupun kedua-dua kakinya sudah tiada, namun matanya masih ada. Beliau tidak pernah kesal dengan apa yang terjadi dan menganggapnya itu adalah suatu takdir yang wajib dijalani dengan tabah. Disamping itu, Pengerusi DSSM, Tuan Sahrudin menerangkan juga tentang kewujudan DSSM dan tujuannya. Alhamdulillah, Guru Rahman memberi sokongan penuh terhadap DSSM dan tentunya akan turun padang sekiranya kesihatan mengizinkan beliau untuk berbuat demikian, Insya-Allah.

Sesekali hati kami terusik dengan kata-kata semangat beliau. Sempat juga dipesankan tentang pentingnya orang silat untuk bersatu dan berukhuwah. Disamping itu, beliau juga menerangkan serba sedikit tentang sejarah perguruannya. Kami dapat merasakan semangat itu bagaikan mengalir ke dalam kami. Kalaulah setara itu masih lagi bersemangat berkisah tentang peri pentingnya silat, apatah lagi kami yang masih muda dan sihat, Insya-Allah.

Kehadiran kami yang sedikit tergesa itu, tidaklah dapat mengumpulkan apa-apa melainkan menghulurkan sedikit bantuan yang dikumpul sesama sendiri ketika berjumpa sebelum itu. Syukur, alhamdulillah, mereka yang dilorongkan untuk hadir menerima pelajaran masing-masing. Melihat sudah tentu tidak sama dengan yang hadir.

Untuk akan datang, pentadbir DSSM berharap agar dapat ramai lagi ahli DSSM untuk turut serta dan menziarahi guru-guru yang sedang uzur. Hari ini guru orang, esok lusa mungkin guru kita. Wuallahua'lam. Mari sama-sama kita doakan agar Guru Rahman pulih seperti sedia kala, tiada yang mustahil sekiranya Allah mengizinkan, amin, amin, amin.

p/s : Gambar yang diterbitkan untuk entri ini sudah mendapat kebenaran lisan daripada Guru Rahman.

Kepada mana-mana persatuan/perguruan yang mengetahui tentang berita keuzuran, mohon maklumkan kepada pentadbir DSSM melalui emel duniassmelayu@yahoo.com untuk perhatian kami, Insya-Allah. Sama-sama kita bantu meringkan beban guru-guru yang sudah berjasa untuk agama, bangsa dan tanah air. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Read more...

Tuesday, July 17, 2012

PROGRAM ZIARAH GURU TUA YANG SAKIT DAN UZUR - 01/2012

"Guru Rahman dari Perguruan Seni Silat EZHAR Setia/Suci Hati di saat ini sedang uzur di rumah beliau selepas kedua-dua belah kakinya telah dipotong akibat penyakit Diabetis atau Kencing Manis...."

Beliau dalam keadaan uzur di rumah beliau beralamat :


No 104 Blok A14, Seksyen 1 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.



"SUMBANGAN BERUPA WANG RINGGIT, MAKANAN ATAU PAKAIAN AMATLAH DIALU-ALUKAN..."

Tarikh : 18 Julai 2011

ATURCARA :


08.30 malami : Berkumpul di LRT Wangsa Maju, Kuala Lumpur


09.00 malam : Bergerak ke rumah Guru Rahman dari Perguruan Seni Silat EZHAR


09.30 malam : Tiba di rumah beliau


09.45 malam : Kata-kata aluan penganjur


10.00 malam : Penyampaian Sumbangan kepada Pak Guru


11.00 malam : Sessi bergambar beramai-ramai


11.15 malam : Selawat beramai-ramai, bersalaman dan bersurai untuk pulang



SEMUA DIJEMPUT HADIR


Semoga perjumpaan kali mendapat rahmat keberkatan dari Allah SWT serta mengeratkan IKATAN KASIH SAYANG antara golongan muda Silat dan Para Guru Tua persilatan serta mengenang jasa dan budi mereka oleh generasi sekarang dan akan datang....


Siapa yang perlu hadir :


TERBUKA KEPADA SEMUA ahli perguruan silat lama dan baru yang menjadi rakan dalam group 'Dunia Seni Silat Melayu' (DSSM) ini dan mempunyai kelapangan pada tarikh tersebut.


Orang ramai juga dijemput hadir dan amatlah dialu-alukan...


* Tujuan dan matlamat Program Ziarah Guru Tua Sakit dan Uzur:


Program ini bertujuan untuk MENGHARGAI JASA dan PENGORBANAN Guru2 tua persilatan terutamanya mereka yang berada didalam keadaan sakit atau uzur. Program ini diharap dapat memupuk hubungan silaturrahim, menyuntik kesedaran dan semangat serta keperihatinan warga DSSM terhadap keadaan para Guru2 Silat yang guru yang sakit atau uzur.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP