Powered by Blogger.

Tuesday, August 28, 2012

Takrifan Senjata Berbahaya

Salam persilatan. Sekadar perkongsian maklumat (terjemahan sendiri dari Bahasa Inggeris, maafkan jika tak berapa tepat). Saya petik mana yang penting sahaja:

AKTA 357: AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958.

“Senjata berbahaya” termasuk sebarang peralatan yang sekiranya digunakan sebagai senjata menyerang boleh mendatangkan kecederaan;

“Senjata berjadual” bermaksud sebarang senjata berbahaya yang disenaraikan di dalam ‘Second Schedule’ (sila rujuk di bawah).

Senarai “senjata berjadual” (scheduled weapon – Second schedule):
1. Flick knife (pisau berspring).
2. Gravity knife (pisau yang keluar secara graviti).
3. Alat sebatan (whip) yang dibuat daripada rantai basikal atau motosikal, atau seumpamanya.
4. Semua jenis buku lima (knuckleduster).
5. Semua jenis bilah atau alatan lain yang dilekatkan ke atas pam basikal, paip besi, yang berupaya digunakan untuk memotong atau menikam.
6. Sebarang peralatan seperti pisau dengan tiga tepian yang tajam dan hujung yang tajam, kadang2 dipanggil ‘bearing-scrapper’.
7. Kapak kecil.
8. Sebarang keris, parang atau pisau yang padanya tertulis atau terukir sebarang perkataan, ayat atau imej yang berkaitan dengan sesuatu agama atau kepercayaan.
9. Sebarang jenis pedang atau parang yang kebiasaannya digunakan sebagai senjata dan bukan untuk tujuan pertanian, kegunaan rumah atau taman.
10. Lembing dan mata lembing.
11. Cross-bow.
12. Patrolite, stun gun, taser, control club atau seumpamanya, berkuasa bateri atau apa2 juga sumber tenaga.

-- Membawa senjata berbahaya di tempat awam

6.(1) Sesiapa yang di dalam jalan atau tempat awam membawa atau memiliki di dalam kawalannya sebarang senjata berbahaya; melainkan dengan kebenaran atau untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang; adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun dan dua sebatan.

(3) Sesebuah senjata akan dianggap dibawa untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang sekiranya ianya dibawa –
(a) oleh ahli Tentera Malaysia atau pasukan tempatan atau polis atau mana-mana pasukan pelawat yang melawat Malaysia dengan kebenaran mengikut undang-undang, atau seseorang yang berkhidmat dengan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di Malaysia, dan pada setiap kes ianya dibawa di dalam atau berkaitan dengan tugasan beliau; atau
(b) oleh seseorang sebagai sebahagian daripada pemakaian rasmi atau perayaan semasa acara rasmi atau perayaan.

(4) Kesalahan di bawah seksyen (1) di atas adalah boleh ditangkap tanpa waran dan tidak boleh diikat jamin.

-- Kesalahan berkaitan senjata berjadual

7.(1) Sesiapa yang, melainkan bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang –
(a) membawa atau memiliki di bawah kawalannya;
(b) membuat, menjual atau menyewakan atau menawarkan untuk menjual atau menyewakan; atau
(c) meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana individu,

sebarang senjata berjadual adalah menjadi kesalahan dan jika disabit kesalahannya boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kedua boleh dijauhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

--> Harap dapat dimanfaatkan agar kita tidak 'terperangkap' dengan undang-undang yang tidak diketahui.

Oleh - Sdr Mazhar

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP